Agama Lawan Agama

· Islamic Renaissance Front
Ebook
116
Pages

About this ebook

Tesis utama Ali Shariati dalam Agama Lawan Agama adalah bersandarkan pada fahamnya bahawa sejarah tidak pernah mengenali mana-mana era mahupun masyarakat yang sebenarnya tiada beragama. Tiada terdapat mana-mana manusia yang tiada beragama dalam mana-mana bangsa atau di mana-mana era; di dalam mana-mana fasa perubahan sosial, maupun dalam mana-mana daerah di makabumi ini. Hatta manusia atheis itu sekalipun sebenarnya beragama pada pemikirannya. Lantaran itu pertembungan yang berlaku di sepanjang sejarah pemikiran umat manusia adalah pertembungan antara manusia yang beragama atas dasar Tuhan yang Esa dengan yang mempunyai pelbagai Tuhan atau yang tiada Tuhan.

Dan konflik epistemologi sepanjang sejarah manusiawi adalah disimbolkan sebagai pertembungan antara agama yang berdasarkan legitimasi dan kekuasaan yang asasnya adalah kesyirikan dengan agama yang menyeru kepada revolusi kemanusiaan yang berasaskan tauhid. Agama legitimasi ini atau agama yang banyak Tuhan – samada Tuhan itu berupa suatu sembahan mahupun suatu kerajaan atau kekuasaan – yang berusaha untuk mengekalkan ketidaksetaraan yang telah membungkam umat manusia disepanjang sejarah. Tetapi agama Tauhid adalah agama yang membiaskan usaha Nabi dalam menhancurkan segala bentuk berhala anutan manusia, dan segala sistem hirarki sosial dan kekuasaan, dalam menegakkan sistem Tuhan yang berlandaskan keadilan dan kesetaraan.

Secara ringkas, epistemologi Shariati meletakkan nilai bagi agama Tauhid itu adalah dalam seruannya untuk menentang, memberotak, menidakkan, dan berani berkata ‘tidak’, dihadapan sebarang bentuk kekuatan dan kekuasaan.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.